14 June 2011

There is a secret in my garden...

Assalamualaikum

Jika anda seorang remaja, dan terdedah dengan trend hiburan remaja zaman kini, then probably anda pernah dengar 'Boys Over Flower', 'Playful Kiss', and 'You're Beautiful'. But it is only apply if u are a girl..Budak laki mesti tak ambik port pon pasal drama-drama ni kan. Diorang lagi minat anime-anime jepun yang panjangnye beratus-ratus episod tu. Naruto Shippuden lah, Bleach lah.. Aku pon sebenarnye tak paham anime-anime ni cerita pasal ape. Kalau korang tunjuk aku gambar karakter anime-anime ni and suroh aku distinguish karakter tersebut dari anime ape, aku mesti tak dapat teka pon which one is which. melainkan naruto. Aku boleh teka naruto sebab dia selalu pakai baju warna oren and rambut cacak-cacak. huhu..



Anyway, ape yang aku ingin cuba sampaikan ialah pengaruh-pengaruh korea ni sangat kuat pada budak-budak sekarang. Bukan drama je. tapi lagu-lagu korea pon diorang hafal. walawpon sepatah haram pon tak paham. Kadang-kadang aku pon pelik dari mana diorang kenal artis-artis korea ni. macam Super Junior, Wonder Girls, Girls Generation..yelah..taw-taw je diorang ni dah popular kat Malaysia before radio-radio kat sini mainkan lagu diorang. Inilah namanye dunia tanpa sempadan..huhu..


BungaHati: Sudaaahh!! Jangan bergaduh kerana I.. Please lah..
 (Blueekk!!)

Wonder Girls

Girls Generation


Aku ni nak kata minat tu tak minat sangat lah..tapi aku taw lah jugak sikit sikit pasal drama-drama korea yang latest ni..Aku taw pon sebab sama ada adik aku, Deda bagitaw or cosmet aku, Sopie yang bagitaw. nak tunggu aku google sendiri memang tak lah kan..huhu.. Oleh kerana 2 insan ni sangat gilakan korea, diorang pon  sibuklah promote cerita-cerita terbaru kat aku. Yang terbaru cerita Secret Garden. So before cuti sem aritu, aku mintak tolong pada Ejan, cosmetku yang baik hati untuk copykan cerita tu dari cd Sopie ke external hard disk aku. Namun malangnye, bila dah sampai rumah, bile aku play subtitle tak kuar plak..sedih btol..baru nak mendalami cerita yang orang sibuk kata best sangat tu..


Secret Garden



TAPI.. tolong baca balik tajuk entry kat atas..haha..Sesungguhnye aku telah menjumpai cd cerita Secret Garden di halaman rumah ku! (not really a garden actually..). So, bagaimana semua ini berlaku? Adakah..

A. Auntie Ling, jiran sebelah terlalu kerap menonton cerita Secret Garden sehingga melalaikan tanggungjawabnya sebagai surirumah tangga sepenuh masa lantas suaminya naik berang dan mencampakkan cd ke halaman rumah kami supaya Auntie Ling kembali ke pangkal jalan dan kembali menjadi seorang isteri yang solehah. (sila baca dengan 1 nafas sahaja)

B. Sopie selaku cosmet yang sangat prihatin dengan kebajikan rakan-rakanye berasa kasihan padaku lantaran tidak dapat menikmati cerita hebat yang sudah heboh diperkatakan itu. Lantaran itu Sopie ingin membuat kejutan dengan menghadiahkan cd cerita itu kepadaku tnpa pengetahuan ku.


C. Pemberian dari seniorku sebagai hadiah kenang-kenangan.


D. Aku pernah beli cd tu suatu ketika dulu tapi terlupa nak nengok cite tu.


Jadi? apakah jawapan anda? Adakah A? B? C? atau pon D? Jika ini ialah soalan exam, adakah anda akan mengikut petua Ejan? Ejan (2011) mengatakan bahawa jawapan yang paling tepat ialah jawapan yang mempunyai ayat paling panjang. Dalam senarai jawapan di atas, sudah terang lagi bersuluh jawapan A lah yang paling panjang. Persoalannye sekarang adakah A jawapannya?

Before korang jump to the conclusion, mari kita lihat tempat cd itu dijumpai..(bawak mood Nancy Drew tibe-tibe kan..)


Iye..di dalam kotak..bkan kotak coklat, tapi kotak kuning. Aneh bukan? Jadi jawapan A bukanlah kan. Teeett!! Kerana aku bukanlah seorang penggubal soalan yang bertauliah, maka teori Ejan tak bleh pakai kat sini..huhu..Malah jawapan A lah yang paling mengarut sekali. Auntie Ling is a very good mother ok.. :)

Actually, sebenarnya kotak-kotak ni mengandungi nota-nota peninggalan senior untuk semester depan..Entah macam mana boleh jumpa cd Secret Garden kat dalam box ni pulak..huhu..itulah rezeki namanya..Jadi jawapan yang paling hampir ialah C! haha..

Oklah..Nak g btaw Kak Aida..nak mintak izin nengok cd dia..huhu..Have a nice day everyone!

3 comments:

  1. cite secret garden mmg best!!suke sgt!!

    ReplyDelete
  2. hahaha..teori ku sesuai untuk soalan yg berbentuk ilmiah jek..lalalala~

    ReplyDelete
  3. Nina Athira-misu: betol2! sgt best kan?!

    nurulizzanieadnan :ceh..ye sgt lar tu..

    ReplyDelete